TERMA DAN SYARAT / TERMS AND CONDITION
- Majikan bersedia membuat pembayaran wang deposit/ taruhan kepada agensi di luar Negara sebagaimana yang telah ditetapkan bagi pengurusan pekerja asing di Indonesia.
- Jika pekerja itu tidak dapat datang ke Brunei, wang deposit /taruhan tidak akan dikembalikan sebab pihak agensi lndonesia bertanggungjawab mengganti pekerja baru secepatnya.
- Majikan bertanggungjawab sepenuhnya menanggung perbelanjaan tiket penerbangan, ujian swab COVID-19 dan penginapan untuk pengasingan diri mandatori pekerja setelah memasuki negara ini yang mana ianya tidak termasuk dalam kos pembayaran agensi. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah bab 44 Perintah Pekerjaan 2009 jika didapati memotong gaji pekerja.
- Proses mendatangkan pekerja asing dari Indonesia memerlukan masa 4 ke 8 minggu selepas visa keluar. Dan pengurusan visa memerlukan masa 5-7 hari waktu bekerja.
- Agensi kami bersedia membantu, memberi khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah dengan majikan. Dan jika tidak dapat di selesaikan maka pemulangan pekerja tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh majikan itu sendiri mengikut kehendak Perintah Pekerjaan 2009 termasuk Bab 114, yang menghendaki majikan untuk menghantar pekerja asing pulang ke Negara asalnya.
- Pekerja akan menerima gaji sebanyak $400.00 sebulan dan tidak akan dibayar gaji penuh selama 5 ke 8 bulan. Pekerja tidak boleh menamatkan tempoh kontrak selama 2 Tahun
Updates: 30-Oct-2020