Jabatan Buruh memaklumkan mengenai pengenalan pengendalian kesalahan-kesalahan yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, dan Syarat-Syarat Lesen Pekerja Asing (LPA) bagi sektor swasta (Syarikat) dan Lesen Pengambilan Dan Penggajian Pekerja Asing (bagi Perkhidmatan Domestik). Jabatan Buruh seterusnya menjelaskan bahawa denda kompaun akan dikenakan bagi kesalahan pertama dan kesalahan kedua bagi mana-mana majikan yang melanggar Perintah Pekerjaan, 2009 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya manakala bagi kesalahan ketiga tidak akan ditawarkan denda kompaun tetapi akan dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan. Setiap kesalahan yang dikenakan denda kompaun adalah tidak melebihi $1,000.00. Perlaksanaan Denda Kompaun di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 akan mula dikuatkuasakan bermula hari Khamis, 15 Oktober 2020. Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai dengan kadar denda kompaun bagi setiap kesalahan, orang ramai khasnya para majikan bolehlah menghubungi di talian 2381848 (semasa waktu bekerja). Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan denda kompaun sepertimana kehendak Bab 147, Perintah Pekerjaan, 2009 dan Lesen Perkhidmatan Domestik adalah seperti berikut: Rujukan: Jabatan Buruh.
0 Comments
Ke arah menyekat risiko pengimportan dan membendung penularan wabak penyakit COVID19 di Negara Brunei Darussalam serta berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada hari Selasa, 29 Rejab 1441 bersamaan 24 Mac 2020, semua warganegara asing adalah tidak dibenarkan untuk memasuki Negara Brunei Darussalam sama ada melalui Pos-pos kawalan Darat, Laut dan Udara sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Larangan ini adalah juga termasuk bagi warganegara asing yang transit di negara ini.
Dalam hal ini juga, sukacita dihuraikan kategori-kategori permohonan dan kemudahan yang terlibat dengan pengumuman ini seperti berikut: - 1] Pemberian kemudahan Visa on Arrival yang dikeluarkan di Pos-pos kawalan adalah ditiadakan untuk sementara; 2] Permohonan untuk mendapatkan visa lawatan, visa penuntut dan juga visa tanggungan adalah ditangguhkan, termasuk permohonan yang telah diterima oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebelum ini; 3] Surat kebenaran visa lawatan, visa penuntut dan visa tanggungan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah ditangguhkan; 4] Surat kebenaran visa lawatan, visa penuntut dan visa tanggungan yang akan dan telah dikeluarkan oleh Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di luar negara adalah ditangguhkan; 5] Bagi warganegara asing yang telah dikeluarkan visa lawatan, visa penuntut dan visa tanggungan serta masih berada di negara asal untuk menangguhkan pelayaran mereka ke Negara Brunei Darussalam dan terus berada di negara mereka; dan 6] Bagi warganegara asing yang telah dikeluarkan re-entry visa dan masih berada di negara asal untuk menangguhkan pelayaran mereka ke Negara Brunei Darussalam dan terus berada di negara mereka. Dalam masa yang sama, pertimbangan khas hanya diberikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), tertakluk kepada urusan-urusan yang berkepentingan kepada negara ini, dengan memohon kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan memuat turun borang yang dikhaskan di laman sesawang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di alamat www.immigration.gov.bn dan dihadapkan kepada Jabatan berkenaan melalui e-mel di alamat [email protected]. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai bolehlah berhubung dengan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui talian 2383106 atau melayari laman sesawang di alamat www.immigration.gov.bn. -TAMAT- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam 28 Rejab 1441H / 23 Mac 2020M 1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam usaha membantu tindakan-tindakan bersepadu pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari semasa ke semasa meneliti manamana proses di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya ke arah membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
2. Untuk itu, berdasarkan kepada nasihat-nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai khasnya majikan-majikan mengenai perubahan-perubahan tertentu kepada proses mendatangkan pekerja asing ke negara ini seperti berikut: - 2.1 Bermula hari Sabtu, 21 Mac 2020, ke semua permohonan-permohonan untuk mendatangkan pekerja asing adalah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian; 2.2 Butiran berkenaan dengan kategori-kategori permohonan dan proses-proses yang terlibat dengan penangguhan ini adalah seperti berikut: - 2.2.1 Permohonan untuk mendapatkan Lesen Pekerja Asing (LPA) bagi pekerja asing baru dan permohonan tambahan, termasuk permohonan yang telah dihadapkan ke Jabatan Buruh sebelum 21 Mac 2020; 2.2.2 Permohonan untuk mendatangkan Pekerja Domestik, termasuk permohonan yang telah dihadapkan ke Jabatan Buruh sebelum 21 Mac 2020; 2.2.3 Permohonan untuk mendapatkan visa kerja, termasuk permohonan yang telah dihadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebelum 21 Mac 2020; 2.2.4 Surat Kebenaran Visa Kerja yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan; 2.2.5 Visa kerja yang akan dan telah dikeluarkan oleh Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di luar negara; 2.2.6 Bagi pekerja asing yang telah dikeluarkan visa kerja dan masih berada di negara asal untuk menangguhkan pelayaran mereka ke Negara Brunei Darussalam dan terus berada di negara mereka; dan 2.2.7 Bagi pekerja yang telah dikeluarkan Re-Entry Visa dan masih berada di negara asal untuk menangguhkan pelayaran mereka ke Negara Brunei Darussalam dan terus berada di negara mereka. 3. Walau bagaimanapun, permohonan bagi kategori membaharui Lesen Pekerja Asing (LPA) iaitu bagi pekerja-pekerja yang sudah berada di Negara Brunei Darussalam akan diterima dan diproses seperti lazimnya. Dalam masa yang sama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan akan menilai sebaik-baiknya, jika ada permohonanpermohonan tertentu yang akan menyumbang kepada kelangsungan atau continuity operasi-operasi kritikal sektor-sektor tertentu di negara ini. 4. Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memohon orang ramai khasnya majikan-majikan dan agensi-agensi pekerjaan untuk memberikan kerjasama padu dan berterusan bagi melaksanakan langkah-langkah yang dinyatakan ke arah memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. 5. Untuk sebarang keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Jabatan Buruh melalui talian 2301848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja) atau melayari laman sesawang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan www.immigration.gov.bn atau melalui talian 2383106. -TAMAT- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam 25 Rejab 1441H / 20 Mac 2020M Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa pengendalian Banci Majikan dan Pekerja 2019 melalui sistem Business Reporting System[BRS] dilaman jaringan http://www.business.gov.bn/SitePages/OBR.aspx akan bermula pada 31 Oktober 2019. Sehubungan itu, dipohonkan kerjasama Tuan/ Puan supaya akan dapat mengemaskini maklumat- pekerja (tempatan dan asing), di bawah tanggungan Tuan/ Puan, yang masih berkhidmat sehingga/ pada 30hb Oktober 2019 dan termasuk juga maklumat Tuan/Puan sebagai majikan/pemilik/pengurus. Bagi Entiti Perniagaan/Koperasi/Institusi yang TIDAK BEROPERASI ATAU TELAH TUTUP, sejak 30 Oktober 2018, adalah dikecualikan dari menghantar Banci Majikan dan Pekerja 2019. Sila ambil maklum, mengikut peruntukan Akta Maklumat Banci Pekerjaan 1974, tarikh tutup penghantaran maklumat Banci ke sistem berkenaan adalah pada 30 November 2019. Sehubungan dengan itu, maklumat Banci yang dihantar selepas tarikh berkenaan akan dikategorikan sebagai penghantaran LEWAT. Terima kasih. Please be duly informed, Census of Employer and Employees 2019, will be conducted via Business Reporting System http://www.business.gov.bn/SitePages/OBR.aspx website from 31 October 2019.
Therefore, the Department will like to seek your kind cooperation to update the information of all employees/staff (local and foreign), employed under your kind self, until/or 30th October 2019, including your information as an employer/ owner/ manager. For Business/Cooperatives/Institutional Entities no longer OPERATING OR CLOSED since 30 October 2018, will be exempted from submitting Census of Employers/Employees 2019. For your kind information, under the provision of Employment Information Act 1974, the deadline for submission of Census is on 30 November 2019. Therefore, any submission of Census Information after the deadline will be categorised as LATE submission. Please find the attached Notification Letter and Basic Guideline for your kind reference. Thank you. Annual Census of Employers / employees will be effective 31st October 2018. Census information can be submitted online at BUSINESS REPORTING SYSTEM [BRS] portal via the website link www.business.gov.bn/SitePages/OBR.aspx , using the employer's/owner's E-Darussalam username EFFECTIVE 1st November 2018.
E-Darussalam username is obtainable through online registration via website link https://nam.gov.bn/edregister/user/RegisterUser/ Closing date of Census Submission is 30th November 2018 Jabatan Buruh di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa bermula pada 1 Ogos 2018 bersamaan dengan 19 Zulkaedah 1439, akan terdapat beberapa perubahan mengenai dengan jenis dan kategori permohonan iaitu menjadikan permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) hanya dua (2) kategori permohonan iaitu permohonan LPA Baru dan LPA Membaharui.
. Selain daripada perubahan yang disebutkan di atas, perubahan juga turut melibatkan penggunaan Borang Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Borang Pengesahan Alamat. . Sepertimana yang sedia maklum sebelum ini permohonan LPA menggunakan sebanyak 5 jenis borang yang berbeza mengikut jenis permohonan. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan dan melancarkan proses permohonan, satu borang baru akan digunakan bagi menggantikan borang-borang yang sedia ada, yang mana permohonan LPA hanya menggunakan satu borang sahaja bagi semua jenis permohonan. . Selain daripada penggunaan Borang Baru Lesen Pekerja Asing, Borang Pengesahan Alamat juga akan digunakan bagi mengesahkan alamat-alamat yang dinyatakan dalam Lesen Pekerja Asing iaitu tempat kegiatan syarikat termasuk pejabat dan alamat-alamat semua cawangan bagi perusahaan/syarikat dan juga alamat-alamat kediaman/tempat tinggal pekerja asing di bawah jaminan syarikat tersebut. . Orang ramai bolehlah memuat turun Borang Baru Lesen Pekerja Asing yang terkini dan juga Borang Pengesahan Alamat melalui www.labour.gov.bn
|
SABIKALA AGENCYSelamat Datang ke blog rasmi Sabikala Agensi. Archives
October 2020
Categories |