Jabatan Buruh di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa bermula pada 1 Ogos 2018 bersamaan dengan 19 Zulkaedah 1439, akan terdapat beberapa perubahan mengenai dengan jenis dan kategori permohonan iaitu menjadikan permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) hanya dua (2) kategori permohonan iaitu permohonan LPA Baru dan LPA Membaharui.
. Selain daripada perubahan yang disebutkan di atas, perubahan juga turut melibatkan penggunaan Borang Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Borang Pengesahan Alamat. . Sepertimana yang sedia maklum sebelum ini permohonan LPA menggunakan sebanyak 5 jenis borang yang berbeza mengikut jenis permohonan. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan dan melancarkan proses permohonan, satu borang baru akan digunakan bagi menggantikan borang-borang yang sedia ada, yang mana permohonan LPA hanya menggunakan satu borang sahaja bagi semua jenis permohonan. . Selain daripada penggunaan Borang Baru Lesen Pekerja Asing, Borang Pengesahan Alamat juga akan digunakan bagi mengesahkan alamat-alamat yang dinyatakan dalam Lesen Pekerja Asing iaitu tempat kegiatan syarikat termasuk pejabat dan alamat-alamat semua cawangan bagi perusahaan/syarikat dan juga alamat-alamat kediaman/tempat tinggal pekerja asing di bawah jaminan syarikat tersebut. . Orang ramai bolehlah memuat turun Borang Baru Lesen Pekerja Asing yang terkini dan juga Borang Pengesahan Alamat melalui www.labour.gov.bn
0 Comments
|
SABIKALA AGENCYSelamat Datang ke blog rasmi Sabikala Agensi. Archives
October 2020
Categories |